awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan

Bernama
Bernama
11/04/2024
14:33 MYT
Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan
Polis berkata, mayat telah dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat. - Gambar hiasan
LABUAN: Seorang pesara polis berusia 53 tahun dari Sarawak ditemukan meninggal dunia di pantai berhampiran Sea Sport Complex.
Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi oleh orang awam.
Ketua Polis Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim dalam kenyataan hari ini berkata mayat mangsa ditemukan tertiarap di pantai dan berdasarkan siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badan mangsa.
Hamizi berkata mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada 12.30 tengah hari pada raya pertama (10 April) dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.
"Pesara itu dilaporkan keluar kira-kira pukul 3 pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi. Puas keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel malah di Hospital Labuan tetapi gagal," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara polis
#Sarawak
#Labuan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan