awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi lebih RM2.5 juta ditipu pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
24/08/2025
06:45 MYT
Pesara rugi lebih RM2.5 juta ditipu pelaburan dalam talian
Seorang pesara di Miri kerugian lebih RM2.5 juta akibat ditipu pelaburan dalam talian melalui aplikasi 'Stefelai'. -Gambar hiasan
KUCHING: Seorang pesara kerugian lebih RM2.5 juta selepas diperdaya pelaburan dalam talian di Miri.

Ringkasan AI
  • Seorang pesara di Miri kerugian lebih RM2.5 juta akibat ditipu pelaburan dalam talian melalui aplikasi 'Stefelai'.
  • Mangsa tertarik dengan iklan di Facebook dan membuat transaksi berperingkat tanpa menerima sebarang pulangan.
  • Polis mengingatkan orang ramai agar semak latar belakang pelaburan di laman rasmi BNM dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata mangsa berusia lingkungan 60-an itu membuat laporan polis selepas menyedari tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan walaupun telah membuat beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun diberikan suspek.
"Pada pertengahan April lepas, mangsa melayari laman Facebook ketika berada di rumah dan tertarik dengan satu iklan pelaburan dalam talian yang dipromosikan suspek.
"Mangsa kemudiannya memuat turun aplikasi dikenali 'Stefelai' dan membuat pelaburan menerusi aplikasi itu.
"Mangsa yang terperdaya dengan tawaran suspek kemudiannya terus membuat transaksi secara berperingkat berjumlah lebih RM2.5 juta sebelum menyedari dirinya ditipu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mancha mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam talian yang tidak disahkan pihak berkuasa serta membuat semakan latar belakang platform atau individu menawarkan skim pelaburan.
"Selain itu, disarankan untuk membuat semakan senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di www.bnm.gov.my atau BNM TELELINK 1-300-88-5465 (Bank Negara Malaysia), serta www.sc.com.my atau 03-6204 8999 (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara di Miri
#pelaburan dalam talian
#Stefelai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan