BACHOK: Bermula dengan sekadar minat, tiada siapa menyangka seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mampu meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka sebulan hasil daripada ternakan 'kambing kayangan'.
Mohd Yusoff Mohamad, 45, mula berjinak-jinak menternak sebanyak lapan ekor kambing kacukan jenis Boer kira-kira tiga tahun lepas dengan modal sekitar RM1,800 dan percubaan itu ternyata memberi pulangan lumayan apabila meraih keuntungan antara RM1,200 dan RM1,500 bagi seekor kambing yang dijual.
"Melihat kepada pulangan tersebut, menaikkan semangat saya untuk berkecimpung secara lebih serius dengan membawa masuk pula tujuh ekor kambing baka Jamnapari yang berumur sekitar empat bulan.
"Namun, percubaan kedua tidak 'seindah' yang pertama apabila kambing jenis Jamnapari kurang mendapat permintaan di Kelantan, kemungkinan disebabkan ia bertelinga panjang membuatkan kurang daya tarikan," katanya ketika ditemui Bernama di kandang kambing miliknya di Kampung Telaga Ara, Gunong, di sini baru-baru ini.
Keadaan itu tidak mematahkan semangat bapa kepada empat anak berusia antara sembilan dan 19 tahun itu, sebaliknya beliau berusaha mempromosikan ternakannya itu menerusi media sosial Facebook.
"Syukurlah, hanya dalam tempoh dua hari selepas mengiklankannya di Facebook, ada pelanggan dari Terengganu bersetuju memborong kesemua kambing Jamnapari berkenaan pada harga RM26,000," katanya yang turut mendapat pinjaman daripada Agrobank sebanyak RM10,000.
Mohd Yusoff atau mesra disapa Pak Sop kini mempunyai 17 ekor kambing baka jenis Boer dan Kalahari yang diperoleh daripada pembekal tempatan dan Australia yang mampu dijual pada harga RM4,000 hingga RM20,000 seekor bergantung kepada umur iaitu sekitar tiga bulan hingga setahun, selain secara purata boleh menghasilkan baka anak kambing kira-kira dua hingga tiga ekor.
"Kambing jenis ini mendapat permintaan tinggi termasuk pelanggan dari luar Kelantan untuk tujuan pembakaan. Malah, ada pelanggan yang sanggup tempah anak kambing yang masih dalam kandungan, tetapi saya tidak terima kerana khuatir berlaku sebarang kemungkinan.
"Saya juga dalam proses untuk membawa masuk 10 ekor kambing jenis Boer baka tulen dari Australia pada akhir bulan ini. Setakat ini saya tidak ada masalah untuk mengimport kambing dari negara luar kerana mempunyai permit yang sah," katanya.
Mohd Yusoff yang mula bersara pada Oktober tahun lepas, menyifatkan bidang ternakan mampu menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan secara sistematik dan bersungguh-sungguh, namun tetap mempunyai risiko terutama dari segi jangkitan penyakit sekiranya tiada ilmu dalam bidang itu.
"Alhamdulillah, setakat ini tidak ada masalah besar yang saya hadapi, sekiranya kambing tidak sihat saya hanya beri suntikan bergantung kepada keadaan selain turut mendapat khidmat nasihat daripada pakar.
"Malah, bagi menjamin kualiti kambing yang diternak saya menggunakan dedak yang dikhususkan untuk kuda walaupun harganya agak mahal berbanding dedak biasa. Sebulan sekali saya akan beli dedak tersebut daripada pembekal di Ipoh, Perak pada harga sekitar RM50 hingga RM75 untuk satu pek," katanya yang turut dibantu isterinya, Zalina Yahya, 43.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Sebahagian anak kambing yang dipelihara pesara tentera Mohd Yusoff Mohamad, 45, yang diberi susu botol bagi memastikan tumbesaran anak kambing tidak terbantut, ketika ditemui Bernama di Kampung Telaga Ara Gunong di sini. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pesara tentera ternak 'kambing kayangan' raih pulangan lumayan
Pesara tentera, Mohd Yusoff Mohamad, mampu meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka sebulan hasil daripada ternakan 'kambing kayangan'.