Setiap kali teringatkan peristiwa membunuh komunis dengan tangan berlumuran darah, saya sukar melelapkan mata, kata pesara tentera, Koperal (B) Abd Hadi Kassim.
Walaupun peristiwa itu berlaku hampir 35 tahun, Abd Hadi, 64, berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaannya yang bercampur baur setelah membunuh komunis.
"Jika diberi pilihan, saya tidak mahu membunuh tetapi dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air, membunuh musuh adalah mulia.
"Amanah yang diikrar wajib dipikul. Selagi ada kudrat, saya tetap mengangkat senjata. Ibarat membujur lalu, melintang patah," katanya yang berkhidmat selama 21 tahun dengan Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan bersara pada 1992.
PERTEMPURAN PERTAMA
Sambil mengingati peristiwa bertempur dengan komunis dalam ladang getah semasa bertugas di Kem RAMD Mentakab, Batu 5, Bentong, Pahang, Abd Hadi berkata peristiwa 1981 itu benar-benar menguji ketahanan mental dan strategi mereka.
"Kami (tiga orang) berada di bawah bukit manakala musuh di atas bukit. Jika salah perkiraan pasti ada antara kami boleh terkorban," kata anak jati Perlis ini.
Menurutnya setelah pasti di atas bukit ialah komunis, beliau melepaskan tembakan pertama dan berlakulah tembak menembak hampir lima minit apabila akhirnya komunis berundur.
"Kami amat bersyukur kerana terselamat malah berjaya membunuh dua pengganas komunis dalam pertempuran itu manakala dua rakan mereka melarikan diri," tambahnya.
TEMBAK KOMUNIS DALAM OPERASI
Abd Hadi berkata dalam satu operasi semasa membuat pembersihan dan memeriksa petanda selepas satu pertempuran beliau terkejut menemui seorang komunis masih hidup.
"Saya agak terkejut melihat komunis tersebut menggerakkan badan. Dengan spontan saya melepaskan satu das tembakan ke badan sehingga darahnya merecik mengenai badan dan tangan saya," kata Abd Hadi sambil air matanya bergelinang.
Beliau berkata, hari kejadian itu adalah hari terakhir operasi dan mereka boleh kembali ke markas di dalam hutan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
"Saya pulang ke rumah dengan uniform dipenuhi darah dan langsung tidak boleh tidur sepanjang malam kerana fikiran celaru terkenang peristiwa menembak komunis dari jarak dekat," katanya.
NASIHAT KEPADA GOLONGAN MUDA
Beliau menyifatkan anggota tentera zaman sekarang amat beruntung kerana menggunakan teknologi maju untuk menjejaki musuh namun tidak boleh leka kerana musuh boleh muncul dalam pelbagai rupa dan bentuk.
Sambil menasihatkan golongan muda agar tidak lalai, Abd Hadi berkata generasi sekarang perlu diterap semangat untuk mempertahankan kemerdekaan yang menjadi anugerah Allah SWT walaupun bukan dengan mengangkat senjata.
Abd Hadi berbangga kerana dua anak lelakinya mengikut jejak langkah beliau menyertai tentera.
Bernama
Tue Aug 30 2016
Pesara tentera, Abd Hadi Kassim, 64, bersama isterinya Fatimah Hassan, 64, melihat foto-foto lama sambil mengimbas kembali kenangan lalu ketika tinjauan ke kediaman mereka baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Pesara tentera tidak boleh tidur terkenang peristiwa menembak komunis
Setiap kali teringatkan peristiwa membunuh komunis dengan tangan berlumuran darah, saya sukar melelapkan mata, kata pesara tentera, Koperal (B) Abd Hadi Kassim.