awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara wanita rugi RM10 juta terperdaya skim pelaburan kripto

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/01/2024
02:40 MYT
Pesara wanita rugi RM10 juta terperdaya skim pelaburan kripto
Ramli menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui laman media sosial. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pesara wanita berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM10 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud berasaskan mata wang kripto dikenali sebagai 'Accerx.com'.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, laporan daripada mangsa yang berusia 80 tahun itu diterima semalam.
"Mangsa memaklumkan menyertai skim pelaburan itu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang mempromosikan perkara itu.
"Mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto dan mangsa diminta membuat bayaran balik setelah pembelian kripto tersebut berjaya.
"Terpedaya dengan helah digunakan, mangsa telah membuat 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat berbeza dengan keseluruhan wang berjumlah RM10,455,288," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ramli berkata, mangsa hanya mulai sangsi dengan kesahihan pelaburan tersebut apabila diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.
"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"JSJK memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan sindiket penipuan pelaburan ini dapat ditumpaskan," katanya.
Sebagai langkah pencegahan, Ramli menyeru orang ramai khususnya warga emas untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui laman media sosial.
"Lakukan semakan dengan agensi berkaitan termasuklah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#media sosial
#WhatsApp
#sindiket pelaburan tidak wujud
#kripto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan