awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial

Bernama
Bernama
06/11/2024
14:45 MYT
Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Persiangan Datuk Arthur Joseph Kurup pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata saban tahun negara mengimport lebih satu juta tan metrik beras iaitu hampir 22 peratus merupakan beras spesial seperti beras wangi, beras basmati dan lain-lain.
"Peningkatan keluasan serta peningkatan hasil varieti spesial yang ditanam dalam negara dapat menampung keperluan domestik dan secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan kepada beras import," katanya pada sesi Kamar Khas persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab usul yang dikemukakan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) mengenai pembangunan potensi industri beras spesial sebagai sekuriti makanan negara.
Arthur berkata kementerian terbuka dan bersedia untuk menyemak semula undang-undang sedia ada sekiranya ada keperluan bagi membolehkan industri beras spesial terus berkembang pesat dan berdaya saing memandangkan potensi penanaman padi spesial sebagai alternatif yang dapat mempelbagaikan varieti dan meningkatkan pendapatan pesawah.
Beliau berkata KPKM melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah melaksanakan kajian mengenai penerimaan pengguna terhadap beras spesial keluaran MARDI iaitu beras rebus, padi warna dan beras wangi.
"Hasil kajian terhadap beras rebus oleh MARDI menunjukkan pengguna lebih cenderung memilihnya kerana ciri-ciri nasi yang lebih seroi dan beraroma berbanding beras rebus lain di pasaran. Hal ini turut diakui oleh pihak industri dengan pengilang padi juga merasakan bahawa beras rebus MARDI lebih beraroma," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKM
#tanam padi spesial
#pesawah
#Arthur Joseph Kurup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan