MALAYSIA

Pesawat MH1 berpatah balik ke London

Astro Awani 21/10/2017 | 01:05 MYT
Pesawat Malaysia Airlines MH1 yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari London awal pagi ini terpaksa berpatah balik. -Gambar fail
Pesawat Malaysia Airlines MH1 yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari London awal pagi ini terpaksa berpatah balik, lapor Flight Alerts melalui Twitter.
Pesawat yang berlepas jam 8.36 malam waktu tempatan itu berada di ruang udara Belgium sebelum ia dilapor melakukan pembuangan minyak dan kembali ke Lapangan Terbang Heathrow.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan awal menyebut bahawa punca pesawat A380 itu berpatah balik adalah dipercayai disebabkan oleh ketiadaan air di dalam tandas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun punca sebenar belum dapat dipastikan.
Tiada masalah lain dilaporkan dan pesawat tersebut selamat mendarat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Syarikat penerbangan tersebut kepada Bernama mengesahkan penerbangan tersebut dijangka tiba ke Kuala Lumpur sekitar jam 1.25 tengah hari esok (Ahad).
#air #Belgium #Berpatah Balik #Flight Alerts #Kuala Lumpur #London #Malaysia Airlines #tandas tiada air #Tiada air