MALAYSIA
Pesawat MH102 dilencongkan ke Bangkok
Pesawat Boeing 737-800 dengan nombor pendaftaran 9M-MLN itu sedang terbang pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara Myanmar - Foto AirNAV.Radar
Sebuah penerbangan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dhaka, Bangladesh dilaporkan telah dilencongkan selepas juruterbang mengisytiharkan kecemasan.
Penerbangan Malaysia Airlines MH102 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 9:30 pagi.
Pesawat Boeing 737-800 dengan nombor pendaftaran 9M-MLN itu sedang terbang pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara Myanmar apabila kru mengisytiharkan kecemasan.
Pesawat itu kemudian segera membelok ke Thailand dan diarah untuk mendarat di Lapangan Terbang Bangkok Suvarnabhumi, di mana ia selamat mendarat di landasan kira-kira dua jam selepas berlepas dari KLIA.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan rasmi daripada pihak penerbangan Malaysia berkaitan insiden perubahan laluan tersebut.
Sementara itu, orang ramai, khususnya ahli keluarga penumpang penerbangan berkenaan, dinasihatkan agar menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan dan ketenteraman semua pihak terpelihara.