Pesawat MH128 patah balik ke Melbourne selepas penumpang cuba masuk kokpit

Astro Awani
Mei 31, 2017 15:57 MYT
Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Melbourne berikutan 'gangguan' seorang penumpang. - Gambar hiasan
Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Melbourne pada Rabu malam berikutan ‘gangguan’ seorang penumpang.
Menurut kenyataan MAS, penerbangan yang dijadualkan ke Kuala Lumpur itu berpatah balik selepas salah seorang penumpang cuba memasuki kokpit.
"MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada jam 5.28 pagi 1 Jun, berpatah balik ke Melbourne selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang kru kabin mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit.
“Keselamatan pelanggan merupakan keutamaan kami," kata kenyataan itu.
Pesawat MH128 mendarat dengan selamat di Melbourne pada jam 11.41 malam. Ia kini ditempatkan di kawasan terasing dan sedang menunggu pihak keselamatan.

[TERKINI] Malaysia Airlines #MH128 dari MEL ke KUL berpatah balik apabila seorang penumpang bertindak cuba memasuki kokpit @501Awani pic.twitter.com/OXAdfgKwsq

— Malik Ridhwan AWANI (@Malik_AWANI) May 31, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Berpatah Balik #Malaysia Airlines #MH128 #pesawat