Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian mendarat cemas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai pada pagi Ahad.
Kejadian yang dipercayai berlaku jam kira-kira jam 10.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Khairi Zainuddin berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan pesawat ringan model PA 28 (9M-DRC) mendarat cemas jam 10.30.
Katanya dimaklumkan ketiga mangsa termasuk pemilik pesawat tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke DCA Senai.
Ketika dihubungi Khairi berkata ketika kejadian tiada kebakaran berlaku.
Bagaimanapun anggota bomba mengawasi lokasi kejadian kerana terdapat tumpahan minyak yang berisiko menyebabkan kebakaran.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam pada itu mengesahkan kejadian kemalangan yang melibatkan pesawat ringan tersebut.
Ketua pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata pesawat terbabit ialah jenis Piper PA28 yang dikendalikan Kelab Penerbangan Elite.
Katanya pesawat itu dilaporkan dalam latihan penerbangan sebelum mendarat cemas.
Pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
Astro Awani
Sun Jun 04 2017
Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian mendarat cemas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai pada pagi Ahad. -Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kes dadah murid dan pelajar semakin membimbangkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian luar pantau isu ketegangan di Laut China Selatan
Kementerian Luar Negeri mengambil maklum dan sentiasa memantau perkembangan isu-isu di Laut China Selatan, termasuklah ketegangan antara China dan Filipina di Laut China Selatan.
Cukai GST jadi mekanisme untuk kurangkan fiskal negara
Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pengenalan semula GST adalah langkah yang selari dengan matlamat kerajaan untuk mengecilkan jurang fiskal dalam kewangan negara.
'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Pihak penyokong kerajaan atau backbenchers dibenarkan untuk mengajukan lebih banyak soalan dalam kedudukan 10 teratas bagi sesi soal jawab lisan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Mana check and balance? soal pembangkang
Pembangkang membantah keputusan membenarkan Ahli Parlimen Kerajaan mengajukan lebih banyak soalan dalam kedudukan 10 teratas bagi sesi soal jawab lisan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
Peguam GISB rayu kerajaan, pihak berkuasa lebih 'ihsan' dalam siasatan
Menurut Rosli, GISB bukanlah kumpulan pengganas atau melakukan perniagaan yang menyalahi undang-undang sehingga tindakan SOSMA perlu dikenakan terhadap mereka.
Banjir: Jumlah mangsa berkurang, namun beberapa daerah masih terjejas
Wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kedah.
Jawatankuasa fatwa Melaka putuskan ajaran GISB sesat
Jawatankuasa Fatwa Melaka memutuskan doktrin ajaran dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd adalah sesat sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang telah diwartakan pada 1994.
Kematian model Belanda: Polis kemuka notis biru kepada Interpol untuk kesan pasangan AS
Notis itu dikemukakan Rabu lepas terhadap Alexander William Johnson, 51, dan Lunara Almazkyzy, 37, yang dikaitkan dengan kematian Ivana.
Lubang benam: Hasil penuh siasatan dalam peringkat akhir penelitian
Kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.
Pesawat ringan mendarat cemas atas jambatan di Kulai
Kejadian yang dipercayai berlaku jam kira-kira jam 10.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.