Pesawat ringan mendarat cemas atas jambatan di Kulai

Astro Awani
Jun 4, 2017 06:23 MYT
Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian mendarat cemas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai pada pagi Ahad. -Astro AWANI
Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian mendarat cemas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai pada pagi Ahad.
Kejadian yang dipercayai berlaku jam kira-kira jam 10.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Khairi Zainuddin berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan pesawat ringan model PA 28 (9M-DRC) mendarat cemas jam 10.30.
Katanya dimaklumkan ketiga mangsa termasuk pemilik pesawat tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke DCA Senai.
Ketika dihubungi Khairi berkata ketika kejadian tiada kebakaran berlaku.
Bagaimanapun anggota bomba mengawasi lokasi kejadian kerana terdapat tumpahan minyak yang berisiko menyebabkan kebakaran.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam pada itu mengesahkan kejadian kemalangan yang melibatkan pesawat ringan tersebut.
Ketua pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata pesawat terbabit ialah jenis Piper PA28 yang dikendalikan Kelab Penerbangan Elite.
Katanya pesawat itu dilaporkan dalam latihan penerbangan sebelum mendarat cemas.
Pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
#Bandar Baru Pulai Jaya #Khairi Zainuddin #Kulai #pesawat ringan #terhempas #terhempas di atas jambatan