[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat

Bernama 04/05/2024 | 04:25 MYT
Sebuah pesawat ringan dipercayai terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi. - Foto ihsan orang awam via akaun X Bernama
IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai di sini hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.
"Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River," katanya.
Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.
Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp.
-- BERNAMA

#pesawat ringan #terhempas #cedera #Besout 2 Tambahan #Sungkai #Tanjung Malim