awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat SIA nyaris terhempas apabila dua enjin hilang bekalan kuasa

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2015
06:15 MYT
Pesawat SIA nyaris terhempas apabila dua enjin hilang bekalan kuasa
Sebuah Pesawat Singapore Airlines (SIA) jenis Airbus A330-300 dilaporkan hilang bekalan kuasa untuk sementara waktu di kedua-dua enjin ketika dalam penerbangan.
Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) jenis Airbus A330-300 dilapor hilang bekalan kuasa untuk seketika pada kedua-dua enjinnya ketika dalam penerbangan.
Memetik laporan AFP, penerbangan SQ836 yang sedang menuju ke Shanghai dari Changi, mengalami masalah teknikal ketika berada pada ketinggian 39,000 kaki (kira-kira 11.9 km) iaitu selepas 3.5 jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Changi.
Menurut jurucakap Singapore Airlines (SIA), kedua-dua enjin pesawat berkenaan kehilangan bekalan kuasa dan juruterbang telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) untuk menghidupkan semula enjin tersebut.
Pesawat yang membawa 182 penumpang dan 12 anak kapal akhirnya selamat mendarat pada jam 10.56 waktu tempatan.
Difahamkan, enjin pesawat berkenaan telah diperiksa dan diuji dengan teliti sejurus selepas penerbangan itu tiba di Shangai, namun tiada ada kerosakan dikesan.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu sedang menyiasat punca kejadian dengan pembuat enjin, Rolls-Royce dan Airbus.
Topic Berkaitan
#bekalan kuasa
#changi
#enjin
#Shanghai
#Singapore Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan