awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat tambang murah India mendarat cemas di KLIA

Aizat Sharif
Aizat Sharif
13/02/2014
07:17 MYT
Pesawat tambang murah India mendarat cemas di KLIA
Pesawat yang mendarat cemas - Foto ihsan pasukan Bomba dan Penyelamat
Sebuah pesawat syarikat tambang murah India, IndiGo terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini berikutan juruterbang pesawat tersebut mendakwa terdapat kebocoran kimia di bahagian kargo pesawat tersebut.
Pesawat Airbus A300-200 itu dalam penerbangan dari Singapura ke Madras, India itu telah mendarat di KLIA pada jam 7.35 pagi.
Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon berkata ketika kejadian pesawat tersebut membawa 145 penumpang termasuk enam anak kapal.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi dan tiba 15 minit kemudian bersama dua pegawai dan sembilan anggota. Selain itu juga, sembilan anggota Hazmat turut dikerah bersama ke tempat kejadian,” kata Azmi.
Pemeriksaan yang dilakukan oleh kakitangan Malaysian Airport Holdings Bhd (MAHB) pada bagasi penumpang tersebut tidak menemui sebarang bahan kimia.
Namun, pemeriksaan anggota Hazmat di tandas pesawat tersebut berkenaan menemui sebuah bungkusan, namun setelah diperiksa tiada sebarang kebocoran kimia pada bungkusan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin memberitahu pemeriksaan selanjutnya mendapati bungkusan tersebut mengandungi tiga bentuk jongkong logam yang diletakkan dalam tandas tersebut.
"Logam tersebut telah diserahkan kepada polis dan kita masih menyiasat sama ada ianya adalah jongkong emas atau tidak,".
Sumber memberitahu, siasatan juga diteruskan untuk mengetahui mengapa ketulan logam itu diletakkan di dalam tandas pesawat dan adakah ianya satu cubaan untuk menyeludup logam tersebut.
Topic Berkaitan
#India
#Indigo
#KLIA
#mendarat cemas
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan