KUALA SELANGOR: Terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari ibu negara, Sekinchan antara destinasi yang semakin popular dengan produk pelancongan dan memiliki daya tarikan tersendiri.
Daripada keindahan sawah padi saujana mata memandang sehingga lah kepada industri hiliran, ini memberi limpahan rezeki buat penduduk setempat.
Terbaharu, kehadiran pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah menjadi buah mulut pengunjung dari pelbagai negeri.
Terminal Sekinchan yang menempatkan pesawat berusia lebih 40 tahun di Parit 5, Sekinchan menarik pengunjung untuk merakam gambar dan video di kawasan berkenaan.
Ini sekali gus memberi idea kepada sekumpulan pemuda untuk menyediakan perkhidmatan fotografi dan video kepada para pengunjung, berlatarkan kehijauan sawah padi dan pesawat.
Bermula dengan sekadar hobi, Firdaus Saibani, 40, berkata dia dan lima lagi rakannya kini mampu menjana pendapatan melalui perkhidmatan dron dengan menawarkan pakej serendah RM40.
"Setakat ini saya tengok sambutan Alhamdulillah, pelancong dan pelawat-pelawat makin lama makin ramai. Mungkin disebabkan ada kapal terbang viral, jadi pengunjung-pengunjung tertumpu di sini.
"Pengunjung datang dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka pun pernah saya tanya.
"Apabila sawah itu basah ada padi, mereka terhad untuk mengambil gambar. Jadi pilot-pilot dron ini mengambil inisiatif sendiri memberikan perkhidmatan kepada para pelancong agar 'view' gambar itu lebih menarik. Bukan gambar sahaja, malah kita buat video sekali (pada harga RM40)," katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Berkongsi lanjut, Firdaus berkata ketika mula aktif sekitar lima bulan lalu, mereka hanya memiliki dua buah dron untuk perkhidmatan fotografi dan video.
Tetapi kini, mereka mampu mengembangkan perniagaan tersebut kepada enam buah dron.
"Kami sangat berterima kasih kepada pemilik kapal terbang ini yang memberi ruang untuk membuka perniagaan untuk mencari rezeki di sini," ujar Firdaus.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Norsyakira Misnan, 34, dan suaminya, Mohd Ramdhan Atan, 36, mencuba nasib berniaga sejak tiga bulan lalu selepas melihat kehadiran pengunjung yang ramai di kawasan berkenaan.
"Hujung minggu Alhamdulillah, kebanyakan pelancong dari luar. Dapat keuntungan juga lah berniaga di sini lagi-lagi masa padi sedang menghijau.
"Secara anggaran, lebih kurang 2,000 pengunjung datang setiap kali hujung minggu," katanya.
Bagi pengunjung dari Shah Alam, Anuar Mohamed Mansor, 45, berkata, dia dan keluarganya memilih datang ke Sekinchan kerana lokasinya salah satubagi menikmati suasana kampung
"Seperti kami datang sini tarikan itu untuk menikmati kehijauan sawah padi. Untuk minggu ini sekali lagi kami datang untuk bawa anak jalan-jalan, makan-makan dan tengok kapal terbang ini.
"Cuma untuk tambah baik, kerana saya tengok jalan di sini agak sempit dan mungkin boleh dibesarkan lagi untuk pengunjung datang ke sini. Selain itu, kalau ada sebuah restoran, saya rasa akan lebih ramai pengunjung datang," kongsinya.
Mengikut rekod pesawat itu didaftarkan pada 18 Jun 1981 dan dibawa khas menggunakan jalan darat pada April tahun lalu ke lokasi berkenaan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan menyaksikan saingan satu lawan satu antara penyandangnya, Ng Suee Lim (Pakatan Harapan) dan Datuk Goh Gaik Meng mewakili Perikatan Nasional (PN).
Hasimi Muhamad
Mon Aug 07 2023
Pesawat itu didaftarkan pada 18 Jun 1981 dan dibawa khas menggunakan jalan darat pada April tahun lalu ke lokasi berkenaan. - Astro AWANI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pesawat tengah sawah di Sekinchan beri limpahan rezeki buat peniaga kecil
Terbaharu, kehadiran pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah menjadi buah mulut pengunjung dari pelbagai negeri.