awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula esok hingga 2 Jun

Bernama
Bernama
26/05/2024
09:35 MYT
Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula esok hingga 2 Jun
Latihan bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan tugas operasi yang melibatkan pesawat pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset-aset udara secara rendah bermula esok hingga 2 Jun ini.
TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan itu antaranya bertujuan mempamerkan kesiagaan aset dan anggota TUDM sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66 di Pangkalan Udara Kuantan pada 1 Jun.
Kenyataan itu menyebut latihan itu juga bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan tugas operasi yang melibatkan pesawat pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.
"Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat TUDM yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di ruang udara Pangkalan Udara Kuantan dan sekitar negeri Pahang," menurut kenyataan itu.
TUDM menasihatkan orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#pesawat terbang rendah
#latihan penerbangan taktikal
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan