Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula hari ini

Bernama
September 29, 2022 22:45 MYT
Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah di beberapa kawasan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan 'Tactical Operation' (TACOP) bermula hari ini hingga 8 Okt bagi menguji dan memastikan tahap kesiagaan anak kapal dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
TUDM dalam kenyataan semalam memaklumkan sepanjang latihan itu, pesawat milik TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu, Kuala Penyu dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah di beberapa kawasan yang dinyatakan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#pesawat TUDM #pesawat terbang rendah #latihan taktikal #kedaulatan ruang udara negara