GOMBAK: Pemergian Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu disifatkan satu kehilangan besar buat rakyat Pahang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Allahyarham yang berusia 53 tahun juga seorang yang sangat komited dan kerja kuat.
“Setiap minggu, saya bersama rakan-rakan Exco berjumpa dengan beliau.
“Beliau sering mengutarakan masalah di kawasannya, di samping portfolio yang beliau pegang (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang).
“Saya rasa ini ialah takdir yang tidak dapat dielakkan tetapi memang satu kehilangan buat kami semua di Pahang. Saya percaya ia satu kehilangan yang besar buat rakyat di Pelangai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, di sini sekitar pukul 12.05 tengah hari.
Wan Rosdy menambah Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.
Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk anggota keselamatan yang terlibat dalam menguruskan nahas berkenaan.
Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai antara 10 mangsa tragedi pesawat berkenaan.
Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.
Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan melalui lokasi nahas
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.50 petang.
Hasimi Muhamad
Sun Aug 20 2023
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) menghadiri majlis pengebumian Datuk Seri Johari Harun di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan
Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL terhempas berhampiran Lapangan Terbang Vilnius.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
3 maut pesawat berlanggar di Australia
Tiga individu maut selepas dua pesawat ringan berlanggar di udara sebelum terhempas di barat daya Sydney pada Sabtu, lapor Xinhua.
4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.
Pesawat enjin tunggal terhempas di Indiana, AS, empat terbunuh - Laporan
Pesawat itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anderson Municipal, tetapi sebaliknya terhempas di ladang jagung.
Pesawat tentera India terhempas di negeri Rajasthan
Pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India alami masalah teknikal yang kritikal, memaksa juruterbang melenting keluar dari pesawat.
5 warga China maut dalam nahas pesawat di Thailand
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas pesawat itu terhempas di hutan paya bakau sekitar 3.10 petang waktu tempatan.
Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.