awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Allahyarham Johari selamat dikebumi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/08/2023
04:40 MYT
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Allahyarham Johari selamat dikebumi
Datin Seri Maziah Samsudin (tengah), balu allahyarham Datuk Seri Johari Harun, menyiram air selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
GOMBAK: Jenazah Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terbabit dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu selamat dikebumikan hari ini.
Jenazah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves sekitar pukul 12.05 tengah hari.
Turut dilihat hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah bagi solat jenazah.
Johari, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai antara 10 mangsa tragedi pesawat berkenaan.
Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.
Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan melalui lokasi nahas
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.50 petang.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#nahas Elmina
#Johari Harun
#dikebumikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan