SEPANG: Jenazah mangsa nahas pesawat ringan di Elmina, Sharipuddin Shaari, 53, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada Ahad.

Jenazah tiba di Masjid Sultan Hishamuddin BBST untuk disolatkan jam 12.20 tengah hari dan selesai dikebumikan jam 12.50 tengah hari.

Lebih 100 jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan Ustaz Saudi Jusoh sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran masjid untuk dikebumikan.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid dan tanah perkuburan mengiringi perjalanan akhir Sharipuddin.

Dalam kejadian Khamis, 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat ringan membabitkan dua kru pesawat, enam penumpang serta dua orang awam.

Sharipuddin yang juga pemandu e-hailing antara yang terkorban selepas kereta dipandunya dilanggar pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di kawasan berkenaan.

Arwah Sharipuddin yang berasal dari Arau, Perlis meninggalkan isteri, Suriana Muda, 43, dan dua anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, dan Nur Izzara Arissya, 9 tahun.

Seorang lagi mangsa Mohammad Taufiq Mohd Zaki, 37, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini kira-kira 1 tengah hari ini.

Sebelum dikebumikan, jenazah Mohammad Taufiq yang merupakan Pegawai Khas sekali lagi disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Sementara iitu jenazah Khairil Azwan, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang kira-kira pukul 1.50 tengah hari selepas sekali lagi disembahyangkan di kediaman ibu bapa Allahyarham yang diimamkan anak sulungnya, Khairul Harisin, 14.

Suasana pilu menyelubungi pengebumian Khairil Azwan yang turut dihadiri ADUN Peramu Jaya Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib, ahli keluarga serta kenalan.

Pada 16 Sept 2010, Khairil Azwan pernah terlibat dalam satu nahas helikopter ketika bertugas sebagai pembantu juruterbang Bahagian Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Seorang lagi mangsa Mohammad Naim Fawwas, 35, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang kira-kira pukul 2 petang.

Sementara itu, cuaca mendung mengiringi pengebumian seorang daripada juruterbang pesawat, Heikal Aras Abdul Azim, 45, di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya kira-kira 2.20 petang dengan bacaan talkin oleh imam Masjid Mahmoodiah Presint 18, Muhammad Rafuwan Putra Affendi.

Sebelum dikebumikan, jenazah dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Desa Pinggiran Putra, Sepang.

Heikal Aras meninggalkan tiga anak, Daniel Zulqarnain, 13, Suri Balqish, 10 dan Rafael Dzulqairy, 9, hasil perkongsian dengan bekas isterinya, Christine Yong.

Jenazah seorang lagi juruterbang pesawat, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini kira-kira 2.30 petang, selepas sekali lagi disembahyangkan di Masjid Kampung Klang Gate Baru.

Hujan lebat tidak menghalang 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir ke pengebumian Shahrul Kamal yang merupakan menantu kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation (JCorp) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Turut hadir ADUN Hulu Kelang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Shahrul Kamal meninggalkan seorang isteri dan empat anak lelaki berusia lingkungan tiga hingga 12 tahun.

Jenazah Idris Abdol Talib@Ramali, 41, yang merupakan pegawai khas kepada Allahyarham Johari pula selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, Benus di Bentong, Pahang pada 3 petang.

Terdahulu, jenazah bapa kepada tiga anak itu dibawa ke Masjid Tengku Sulaiman, Ketari untuk disembahyangkan buat kali kedua yang diimamkan abangnya, Edzuan dengan disertai ribuan jemaah terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan.

Turut hadir di tanah perkuburan ialah Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang Fadzli Mohamad Kamal yang juga rakan baik Allahyarham, serta bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob.

Sementara itu, jenazah Komander (B) Shaharul Amir Omar, 49, yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selamat dikebumikan di Taman Persemadian Islam Seri Manjung, Perak kira-kira 3.40 petang.

Ketibaan jenazah di Masjid Jamie' Al-Ikhwan, Desa Manjung Raya, Lumut kira-kira 2.30 petang diusung enam anggota TLDM sebelum solat jenazah sekali lagi yang dipimpin Imam Putra Arif Roslan.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan, anggota serta pegawai polis dan TLDM menghadiri pengebumian Shaharul Amir.

Perjalanan kesemua sembilan van jenazah dari Klang ke destinasi masing-masing lancar diiringi polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

*Artikel asal disiarkan Bernama dan di Sinar Harian