awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok

Bernama
Bernama
18/08/2023
15:33 MYT
Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. - Gambar fail/BERNAMA
KLANG: Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Bagaimanapun, beliau berkata maklumat lanjut termasuk identiti mangsa akan didedahkan esok.
"Kita akan serahkan satu mayat esok pagi... kita akan hubungi keluarga dahulu sebelum maklumat lanjut didedahkan kepada umum," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HATR) Klang malam ini.
Hussein turut mengadakan mesyuarat dengan pasukan patalogi, Jabatan Kimia, Bahagian Cap Jari Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan pakar ontologi Kementerian Kesihatan berhubung perkembangan proses mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban dalam nahas itu.
Beliau berkata pihaknya juga menghantar sampel ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata proses pengurusan mayat mangsa nahas itu dijangka selesai seawal Isnin ini.
Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang semalam itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan p-hailing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas di Elmina
#jenazah mangsa nahas
#keluarga
#Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan