Pesawat terhempas Elmina: Hanya sebahagian mayat dapat dibuat pengecaman awal - Dr Zaliha

Umavathi Ramayah
Ogos 17, 2023 13:56 MYT
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menenangkan ibu kepada juruterbang Mahanum Ismail, 67 yang kelihatan sugul ketika sedang menunggu jenazah anaknya Shahrul Kamal Roslan di Jabatan Forensik HTAR. - Foto BERNAMA
KLANG: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan hanya sebahagian daripada 10 mayat nahas pesawat persendirian Beechcraft Model 390 dapat dibuat pengecaman awal.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa memberitahu, sebahagian besar yang lain sukar untuk dilakukan pengecaman susulan keadaan mayat yang tidak sempurna.
Menurutnya, sehingga pukul 9.30 malam, kesemua mayat masih lagi berada lokasi kejadian sementara pasukan forensik melakukan siasatan.
“Proses bedah siasat akan dijalankan 20 hingga 30 petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang diketuai sendiri oleh pengarahnya sendiri sebaik sahaja jenazah tiba.
“Kita akan membuat pengecaman awal sebelum proses-proses lain dilakukan, namun kita ia bergantung kepada keadaan mayat berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pada Khamis.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Menurut Dr Zaliha, selepas mendapat maklumat, pasukan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Sungai Buloh dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya ke lokasi kejadian.
Sebelum itu, beliau meluangkan masa bersama ahli keluarga mangsa yang menunggu di hospital berkenaan sejak petang tadi.
#pesawat terhempas Elmina #Beechcraft Model 390 #KKM #Dr Zaliha Mustafa #pengecaman awal