awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas: PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa

Bernama
Bernama
17/08/2023
11:53 MYT
Pesawat terhempas: PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mendoakan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan itu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada 2.40 petang tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan itu.
"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi. Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah," katanya.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan semua ahli keluarga tabah dengan ujian itu.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Takziah buat semua keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina petang tadi. Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut termasuk seorang kenamaan dalam nahas pesawat itu.
[LAPOR LANGSUNG] Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam
Menurut Hussein, lapan daripada mereka ialah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Elmina
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan