Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini petang tadi.
Pengurus Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRD) Wilayah Sarawak Wan Johari Wan Shahid berkata pihaknya menerima panggilan dari menara kawalan mengenai pendaratan cemas itu kira-kira pukul 2.41 petang.
Katanya beliau difahamkan juruterbang membuat panggilan ke menara kawalan (Pusat Kawalan Trafik Udara) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas merasakan pesawat itu menghadapi masalah yang berkaitan dengan pendaratan.
Beliau berkata pihaknya terus membuat persiapan rapi pendaratan kecemasan sebaik sahaja menerima panggilan dan lima minit kemudian pesawat itu berjaya mendarat seperti biasa tanpa mengalami sebarang masalah.
Wan Johari yang dihubungi Bernama berkata pesawat itu didapati tidak menghadapi masalah semasa mendarat, dan katanya memang menjadi prosedur biasa bagi juruterbang memastikan segala persiapan pendaratan kecemasan dibuat rapi apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan peralatan mendarat.
Menurutnya pesawat itu telah ditunda ke hangar TUDM untuk pemeriksaan.
Sementara itu, tinjauan mendapati operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berjalan lancar seperti biasa, tanpa sebarang gangguan jadual penerbangan.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan lewat petang tadi berkata pesawat pejuang F/A 18D TUDM telah membuat 'precautionary landing', selepas mendapati pesawat tersebut menghadapi masalah kecil.
Menurutnya 'Nose Landing Gear Indicator' di dalam kokpit pesawat menunjukkan ianya tidak berfungsi meskipun ketiga-tiga gear pendaratan telah pun turun, dan juruterbang kemudian berjaya mendarat dengan selamat.
Pesawat tersebut dalam penerbangan pulang ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang setelah selesai Eksesais PARADISE 4/2017 di Pangkalan Udara Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017

Pesawat pejuang F/A 18D TUDM telah membuat 'precautionary landing' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas ia menghadapi masalah kecil. - Gambar hiasan

Pakej bantuan PERMAI boleh rangsang pertumbuhan KDNK, kekalkan PKS - Ahli ekonomi
Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan hari ini akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0 ke atas KDNK suku pertama.

COVID-19: Thailand perluas pengesanan kes aktif untuk kekang jangkitan dalam komuniti
DDC telah memperluaskan langkah pengesanan kes aktif bagi COVID-19 di Bangkok dan 27 wilayah yang merekodkan lebih 50 kes dalam penularan terkini.

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cuaca buruk: Dua pesawat Indonesia gagal mendarat di Pontianak
Dua buah pesawat komersial Garuda Indonesia dan Lion Air yang dalam perjalanan Jakarta ke Pontianak gagal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio ekoran cuaca buruk.

Helikopter terhempas di Klang, dua cedera
Helikopter berkenaan telah melakukan pendaratan cemas dan terhempas di kawasan lapang dan tiada kebakaran berlaku.

Sebulan selepas dibenar terbang, pesawat Boeing 737-8 Max mendarat cemas akibat masalah enjin
Pesawat yang mempunyai tiga kru penerbangan itu menerima signal mengenai masalah pada salah satu enjinnya.

Pesawat lakukan pendaratan cemas kerana masalah teknikal - CAAM
CAAM dalam satu kenyataan berkata, juruterbang itu sempat menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor pada jam 10.40 pagi sebelum melakukan pendaratan itu.

Pesawat ringan buat pendaratan cemas di Kulai, juruterbang terselamat
Sebuah pesawat ringan dilaporkan membuat pendaratan cemas di kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Kulai

Helikopter bertembung sebelum terhempas - Polis
Kedua-dua helikopter itu sedang terbang dari Subang Jaya, menuju ke Genting Sempah, ketika kejadian.

COVID-19: Panik anggota perubatan di hadapan Maybank TTDI? Ini cerita sebenar
Susulan tular sebuah video menunjukkan beberapa kakitangan perubatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) dihadapan Maybank Taman Tun Dr Ismail, ibu negara.

Tiga cedera lif rosak di Jinjang
Terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan.

PKP: Rasa sedih, takut antara panggilan diterima talian psikososial
Perasaan cemas, sedih, takut dan tertekan merupakan antara panggilan yang diterima Befrienders Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Mbappe beri sumbangan kepada Yayasan Abbe Pierre
Perancis merekodkan lebih 32,964 kes positif dan bagi membantu yayasan berkenaan, Mbappe mendermakan sejumlah besar daripada gajinya untuk kerja-kerja amal itu.