[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
MALAYSIA

Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama KIA ditutup sementara

Syafik Shukri Jalil 23/06/2025 | 06:15 MYT
Malaysia Airports menerusi akaun Facebooknya memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat terbabit serta pembersihan landasan dijalankan pihak berkuasa. -Foto Facebook
KUCHING: Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ditutup sementara susulan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Sebuah pesawat milik TUDM tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar jam 11.30 pagi, menyebabkan penutupan sementara landasan sehingga jam 3 petang.
  • Malaysia Airports memaklumkan kerja-kerja pemindahan dan pembersihan sedang dijalankan, dan semua operasi penerbangan di KIA terjejas sepanjang tempoh tersebut.
  • Penumpang dinasihat menyemak status penerbangan dengan syarikat masing-masing; tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Malaysia Airports menerusi akaun Facebooknya memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat terbabit serta pembersihan landasan dijalankan pihak berkuasa.
Selain itu, A Notice to Airmen (NOTAM) kepada Juruterbang telah dihantar dan penutupan dijangka berlanjutan sehingga jam 3 petang hari ini.
“Semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas sepanjang tempoh ini,” katanya.
Para penumpang dinasihat menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang bagi mengelak sebarang kesulitan.
Pihak pengurusan lapangan terbang berkata maklumat terkini akan dimaklumkan sebaik sahaja landasan diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden.
#pesawat TUDM tergelincir #Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching #Tentera Udara Diraja Malaysia