awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2024
02:20 MYT
Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen
Muhammad Faisal berkata, penting untuk kerajaan menunjukkan komitmen dengan menyediakan hala tuju dan garis masa jelas yang menggariskan reformasi pilihan raya dan institusi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peserta #Reformasi 100 Peratus mula berkumpul di Plaza Tugu Negara untuk berarak ke bangunan Parlimen pada Selasa.
Perhimpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu mula berhimpun sejak jam 8 pagi bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan.
Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, penting untuk kerajaan menunjukkan komitmen dengan menyediakan hala tuju dan garis masa jelas yang menggariskan reformasi pilihan raya dan institusi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dilihat hadir mewakili ahli Parlimen kerajaan untuk menerima memorandum berkenaan.
Beliau dalam ucapan ringkas berkata, akan meneruskan tuntutan reformasi di Parlimen seperti yang dituntut rakyat.
"Saya tidak ada apa kepentingan, bila mati (meninggal dunia), saya akan tenang kerana reformasi ini akan diteruskan oleh orang lain.
"Kita kena berani menyatakan yang benar, membawa perubahan (walaupun) tidak mudah, terutama ujiannya apabila sudah berkuasa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perhimpunan
#Bersih
#Parlimen
#reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan