awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta perhimpunan akur arahan, berpatah balik ke LRT Bangsar

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
04:42 MYT
Peserta perhimpunan akur arahan, berpatah balik ke LRT Bangsar
Anggota LSF berbaris merentangi Jalan Bangsar berhampiran persimpangan lampu isyarat menuju ke Brickfields. -Astro AWANI/Ridauddin Daud
KUALA LUMPUR: Selepas berarak kira-kira 600 meter dari Stesen LRT Bangsar, ratusan peserta himpunan #TangkapAzamBaki dilihat berpatah balik ke stesen tersebut pada jam 12.20 tengah hari tadi.
Semuanya kembali ke stesen tersebut selepas akur dengan arahan polis yang tidak membenarkan kumpulan itu terus berarak ke Masjid Negara.
Anggota polis juga difahamkan memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari untuk mereka bersurai dari kawasan mereka berkumpul di lampu syarat Jalan Bangsar.
Sepanjang lebih sejam, perhimpunan itu dilihat berjalan secara aman tanpa insiden tidak diingini.
Ketika ini, puluhan anggota Unit Tempur Ringan (LSF) masih bersiap siaga dan berbaris merentangi Jalan Bangsar berhampiran persimpangan lampu isyarat menuju ke Brickfields.
Terdahulu, aktivis politik, Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya akur dengan arahan pihak polis dan akan bersurai secara aman berikutan matlamat himpunan itu dikatakan sudah tercapai.
Bagaimanapun, peserta perhimpunan dilihat masih belum bersurai sepenuhnya kerana masih terdapat beberapa aktivis yang berkumpul di stesen LRT tersebut.
Perhimpunan #TangkapAzamBaki diadakan bagi mendesak agar proses undang-undang ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRN) Tan Sri Azam Baki bermula dengan segera, serta menggesa rombakan SPRM dibuat dan seterusnya diletakkan di bawah Parlimen.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Adam Adli
#LRT Bangsar
#TangkapAzamBaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan