awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta perhimpunan Bantah GST perlu patuh Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis

Bernama
Bernama
30/04/2014
14:32 MYT
Peserta perhimpunan Bantah GST perlu patuh Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis
Peserta perhimpunan Bantah GST perlu patuh Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis
Polis meminta penganjur dan peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijadual diadakan di sini pada Khamis supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihaknya membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan secara aman itu hasil empat kali pertemuan dengan mereka.
"Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan sama sekali berkumpul dan masuk dalam padang dan podium di Dataran Merdeka kerana kawasan itu sedang dinaik taraf, mereka hanya dibenarkan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka sahaja.
"Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
Beliau berkata perhimpunan tersebut dijangka bermula pukul 2 petang dan berakhir 5 petang ini.
Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melalui lapan kawasan yang dijangka berlaku kesesakan lalu lintas ekoran perhimpunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam ini.
Kawasan terbabit ialah KLCC, Sogo, Masjid Negara, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid India, Puduraya dan Dataran Maybank berhampiran Plaza Rakyat.
Menurutnya, tiada penutupan jalan dilakukan.
Topic Berkaitan
#Dataran Merdeka
#GST
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan