KANGAR: Buat julung kalinya, Pesta Angin Timur edisi 2021 akan diadakan secara maya pada 4 hingga 5 Jun ini.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis Samsuring Meli berkata acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap rakyat Perlis itu dijangka berlangsung tetap meriah walaupun diadakan secara maya kali ini akibat penularan wabak COVID-19.
"Pesta Angin Timur 2021@Online (PAT2021@Online) bertemakan 'Mai Pakat Mai, Mai Jengok Ramai-Ramai' akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook JKKN dan JKKN TV dan orang ramai dapat menonton pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik tidak kira di mana jua mereka berada," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Samsuring berkata pelancaran PAT2021 akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Auditorium JKKN Perlis pada 4 Jun.
"Bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal, hanya 200 orang dibenarkan masuk ke auditorium JKKN pada hari pelancaran dan orang ramai yang tidak berkesempatan boleh menonton secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata sepanjang dua hari PAT 2021, orang ramai disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang disiarkan secara langsung dan rakaman antaranya persembahan kebudayaan Perlis seperti hadrah, tarian terinai, Awang Batil, alu bunyi (alat muzik menggunakan alat menuai padi), tarian canggung, gendang silat, gendang panjang (gendang siam) dan gendang 24 musim.
"Selain daripada persembahan kebudayaan, JKKN turut meyiarkan rakaman demonstrasi membuat wau helang, adat menanam padi, teknik menanam mangga Harumanis dan banyak lagi," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah berjaya menyiapkan 80 peratus rakaman video persembahan menggunakan studio sendiri dan dijangka siap sepenuhnya pada awal bulan depan.
Samsuring berkata pihaknya menguna teknologi layar hijau bagi menghidupkan suasana latar belakang rakaman.
Katanya, JKKN Perlis menjangkakan mampu menarik 50,000 penonton untuk PAT2021@Online.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021
Pelbagai jenis layang-layang dipamerkan pada Pesta Angin Timur 2020. - Foto BERNAMA
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Pengusaha stesen minyak terima ugutan digesa lapor kepada polis - Menteri
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
'Jerami Icon' burung hantu antara tarikan PAT 2023
Ruangan gulungan jerami disediakan pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Perlis mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
'Jerami Kingdom' tarikan pengunjung di Pesta Angin Timur 2020
Kebanyakan pengunjung yang hadir seawal jam 8 pagi tidak melepaskan peluang merakam gambar dan berswafoto bersama susunan gulungan jerami itu yang disifatkan unik dan menarik.