awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pesta Durian' melanda Parlimen

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
27/11/2013
13:15 MYT
'Pesta Durian' melanda Parlimen
Selain berdebat tentang isu-isu kenegaraan, warga Parlimen pada Rabu sempat berjuadah di promosi durian dan buah-buahan bermusim yang di anjurkan di Parlimen.
Promosi yang dipanggil ‘Durian Party’ (pesta durian) ini mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli Parlimen serta pekerja Parlimen dan para wartawan.
Pelbagai buah-buahan bermusim seperti durian, jambu, rambutan dan langsat menjadi tumpuan ramai di ‘Durian Party’ tersebut.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata, objektif acara tahunan ini adalah untuk melahirkan rasa keterujaan kepada buah-buahan tempatan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jenis buah-buahan tempatan yang baru.
“Orang Malaysia kurang makan buah. Dalam setahun, orang Malaysia hanya makan 50kg buah. Kita kena pertingkatkan ini kepada 100kg.
“Kita juga hendak meningkatkan kadar penggunaan buah per kapita.
“Jangkaan kita dalam setahun pengeluaran buah-buahan tempatan bermusim ini adalah 150 ribu metrik ke 200 ribu metrik. Angka ini akan ditambak lagi,” katanya kepada Astro AWANI sambil berkata ini adalah kali ke tujuh acara ini dianjurkan.
Selain buah-buahan tempatan segar, pengunjung promosi ini turut dapat menikmati produk sampingan seperti bubur durian, ais krim durian dan pulut tanak kuah durian.
Topic Berkaitan
#Ahmad Ishak
#Durian Party
#FAMA
#Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
#Parlimen
#pesta durian
#promosi buah buahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan