awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta Kaamatan 2020 dibatalkan ekoran COVID-19

Bernama
Bernama
13/03/2020
22:00 MYT
Pesta Kaamatan 2020 dibatalkan ekoran COVID-19
Kaamatan adalah perayaan etnik Kadazandusun dan Murut untuk mensyukuri hasil padi selain mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan menerusi sambutan besar-besaran bermula di peringkat kampung, daerah dan negeri. Foto: Bernama
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) pada Jumaat sebulat suara, memutuskan untuk membatalkan Pesta Kaamatan, perayaan tahunan etnik Kadazandusun di Sabah yang akan berlangsung 31 Mei ini, berikutan penularan COVID-19.
Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembatalan pesta itu adalah keputusan yang sukar untuk dibuat, kerana semua anggota KDCA dan jawatankuasa masing-masing dari semua daerah, telah bersedia untuk mengadakan sambutan tahunan yang ditunggu-tunggu itu.
"Pesta Kaamatan untuk Kadazandusun adalah masanya untuk mensyukuri hasil tuaian yang melimpah-ruah, masa untuk berkumpul bersama, menjamu selera, mengeratkan hubungan antara kaum dan bersama-sama berkongsi makanan tradisional seperti, 'hinompot (beras yang dimasak dan dibungkus dengan daun), 'hinava' (hidangan yang dihasilkan daripada ikan, perahan limau nipis, cili padi, bawang merah, bawang putih dan halia) serta 'nomsom bambangan' (jeruk mangga) dan minuman tradisional wain beras.
"Malangnya, ancaman COVID-19 menghalang semua ini, dan kami merasakan ketiadaan Pesta Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Kadazandusun, tetapi juga oleh rakyat Malaysia pada umumnya," katanya.
Kaamatan adalah perayaan etnik Kadazandusun dan Murut untuk mensyukuri hasil padi selain mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan menerusi sambutan besar-besaran bermula di peringkat kampung, daerah dan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hinompot
#Kadazandusun
#KDCA
#koronavirus
#nomsom bambangan
#perayaan
#Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah
#Pesta Kaamatan
#Suman Yasambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan