KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi India yang baharu ke Malaysia, Somnath Ghosh menegaskan komitmennya untuk memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara selepas menyerahkan watikah pelantikannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Isnin.
Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa Ghosh menyerahkan watikah pelantikannya kepada Sultan Ibrahim dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Negara.
Semasa majlis itu, Ghosh turut menyampaikan salam mesra daripada kepimpinan dan rakyat India kepada Seri Paduka Baginda.
-- BERNAMA