KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) yang baharu Zakri Jaafar menyerahkan watikah pelantikannya kepada Ratu Elizabeth II pada Khamis, dalam satu majlis maya yang diadakan di Istana Buckingham di London.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis berkata semasa majlis itu, Zakri menyatakan beliau amat berbesar hati atas lantikan itu dan akan berusaha untuk mengerat serta mengembangkan lagi persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan UK ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau turut menyampaikan salam hormat daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta ucapan salam bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada kerajaan dan rakyat UK.
Zakri merupakan diplomat kanan yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1992, kata kenyataan itu.
Sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, diplomat itu pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Jordan dari 2014 hingga 2017 dan ke Bosnia dan Herzegovina dari 2017 hingga Mei 2021.
Bermula pada tahun 1957, hubungan diplomatik antara Malaysia dan UK adalah substantif dan meluas merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, pendidikan dan latihan, perubahan iklim, budaya dan pelancongan, dan hubungan sesama rakyat.
Kenyataan itu menyebut, UK kekal sebagai rakan dagangan dan ekonomi penting bagi Malaysia dengan perdagangan dua hala yang positif sejak 10 tahun lalu.
Meskipun menghadapi pandemik COVID-19 pada 2020, jumlah dagangan meningkat 1.4 peratus kepada RM16.69 bilion berbanding 2019, dengan eksport ke UK bernilai RM9.99 bilion manakala import bernilai RM 6.71 bilion.
Dari Januari hingga September 2021, jumlah dagangan Malaysia dengan UK meningkat 4.9 peratus kepada RM12.59 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Zakri Jaafar dalam satu majlis maya yang diadakan di Istana Buckingham di London. - Twitter The Royal Family
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK serah watikah pelantikan kepada Ratu Elizabeth II
Zakri akan berusaha untuk mengerat serta mengembangkan lagi persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan UK ke tahap yang lebih tinggi.