awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peta Jendela kini boleh diakses menerusi Portal Jendela

Bernama
Bernama
09/07/2021
20:08 MYT
Peta Jendela kini boleh diakses menerusi Portal Jendela
Sejumlah 342,424 premis telah diliputi jalur lebar menerusi pelaksanaan Jendela setakat 30 Jun, yang melebihi sasaran awal 184,802.
KUALA LUMPUR: Peta Jalinan Digital Negara (Jendela) kini sudah boleh diakses melalui laman web baharu yang dinamakan Portal Jendela, di bawah laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pengerusinya Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata secara umumnya, Peta Jendela mempunyai tiga fungsi utama yang merangkumi peta liputan, maklum balas pengguna, dan status maklum balas.
Bagi memeriksa liputan syarikat telekomunikasi di kawasan tertentu, beliau berkata pengguna hanya perlu menentukan lokasi dan kemudian memilih jenis rangkaian dan syarikat telekomunikasi.
"Pada masa ini, Peta Jendela merangkumi 4G, 3G dan 2G serta siaran TV digital nasional, myFreeview," katanya pada taklimat media secara maya mengenai laporan suku ketiga MCMC yang memperincikan perkembangan dan kemajuan terkini rancangan infrastruktur digital nasional, Jalinan Digital Negara (Jendela) pada Jumaat.
Bagi perkhidmatan tetap dan jalur lebar tanpa wayar, beliau berkata pengguna perlu mengunakan ciri-ciri penyampaian maklum balas yang akan menyenaraikan semua perkhidmatan yang tersedia di lokasi tersebut, sebelum memulai proses penyampaian.
"Melalui ciri-ciri ini, anda dapat melaporkan masalah rangkaian seperti gangguan panggilan, waktu henti dan masalah liputan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sejumlah 342,424 premis telah diliputi jalur lebar menerusi pelaksanaan Jendela setakat 30 Jun, yang melebihi sasaran awal 184,802, sementara 52 tapak baharu telah dibina setakat ini berbanding sasaran awal hanya 46 tapak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JENDELA
#Peta JENDELA
#MCMC
#Portal Jendela
#4G
#3G
#2G
#MyFreeview
#Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek
#Laman web
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#liputan
#syarikat telekomunikasi
#laporan suku ketiga
#jalur lebar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan