KANGAR: Seorang petani dan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 266.291 kilogram (kg) di Simpang Empat, Kangar, bulan lepas.
Menurut kertas pertuduhan, Anas Shakir, 33, dan Tuan Amiruldin Tuan Ali, 29, dituduh mengedar dadah itu di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lat Seribu, Simpang Empat, Kangar pada 8.40 pagi, 24 Jan lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan; dan jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman mati, atau penjara seumur hidup serta disebat tidak kurang 15 sebatan.
Kedua-dua mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, dan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis Alia Suzila Chek Pi, manakala kedua-dua mereka tidak diwakili peguam.
Pada 27 Januari lepas beberapa media melaporkan kejayaan polis menahan enam lelaki berusia 28 hingga 45 tahun dalam satu operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perlis pada 24 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Jokowi bertemu Putin, sampaikan pesanan Presiden Rusia
Jokowi dilaporkan turut bersedia berbincang dengan Putin untuk segera menamatkan peperangan di Ukraine.

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.

Rusuhan: Tiga lelaki ditahan yang lain masih diburu
Usaha mengesan suspek yang masih bebas masih diteruskan dan individu terbabit dalam insiden tersebut diminta tampil membantu siasatan.

Anggota PGA didakwa minta, terima rasuah di Sandakan
Tertuduh didakwa meminta dan menerima rasuah berkaitan urusan pengeluaran kad pengenalan kira-kira enam tahun lepas.

Kes Siti Bainun: Bella takut, kurus ketika berjumpa pertama kali - Saksi
Saksi memberitahu, Bella berada di dalam keadaan ketakutan dan tubuhnya kurus ketika berjumpa pertama kali.

Kawalan ditingkatkan elak kekecohan di mahkamah
Walaupun Kompleks Mahkamah sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan tetapi konsep budi bicara diamalkan.

Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'
Pihak pendakwaan menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan.

Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept
Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Pendakwaan akan periksa balas Zahid Hamidi esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pemeriksaan balas bermula esok kerana beliau tidak mahu perbicaraan itu terhalang.

Tun Mahathir minta saya bubar UMNO kerana tiada masa depan - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Dr Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana parti itu tiada masa depan.

Saksi tak tahu jumlah wang diberi kepada Guan Eng bagi projek terowong, jalan utama
Saksi, Ibrahim Sahari, 58, juga tidak tahu tujuan dan cara wang itu diberikan kepada bekas Ketua Menteri negeri itu.

Peguam didakwa pecah amanah RM1.5 juta
Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM1.52 juta.