KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijangka hadir sebagai saksi pada perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad.
Peguam Abdul Hadi, Wan Rohimi Wan Daud berkata, pemimpin itu dijadualkan memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.
"Esok adalah hari pertama beliau (Abdul Hadi) tampil sebagai saksi di mahkamah dan dijangka terdapat juga penyokong yang akan turut hadir di pekarangan mahkamah pada hari esok (Ahad)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Jelas beliau, selain Abdul Hadi, dua saksi lain yang turut dipanggil untuk memberi keterangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
Menurut laporan sebelum ini, Abdul Hadi merupakan antara saksi yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung petisyen yang difailkan UMNO untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) bagi Parlimen Marang.
Peguam Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen Marang itu bersama beberapa lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan sebaik pihak pempestiyen selesai mengemukakan saksi di pihak mereka.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN dan menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh petisyen tersebut.
Badan Perhubungan UMNO Terengganu telah memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan PRU15 melibatkan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman pada 3 Januari lalu.
Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023

Abdul Hadi dijadual memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani. -Astro AWANI/Shahir Omar

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi, Mohd Nor hadir di mahkamah
Kedua-duanya tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi hadir ke mahkamah esok
Pemimpin itu dijadualkan memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.

Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Pemulihan hubungan Arab Saudi-Iran kuatkan perjuangan bebaskan Palestin - Abdul Hadi
Pas sifatkan pemulihan hubungan itu langkah awal ke arah penyatuan ummah secara menyeluruh ke atas umat dan dunia Islam.

Pemuda Amanah nafi anjur himpunan bantah kuliah Hadi Awang
Penyebaran poster program yang didakwa diadakan pada jam 8.30 pagi Jumaat bertempat di persimpangan lampu isyarat Rusila, Marang itu adalah palsu dan bersifat fitnah terhadap Amanah.

Dakwaan jatuhkan kerajaan, USJT Bukit Aman akan siasat Abdul Hadi - Polis
Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Artikel didakwa fitnah Abdul Hadi, Pemuda Pas lapor polis
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.30 petang pada Rabu.

Tiada cubaan goyahkan Kerajaan Perpaduan, ia memang tidak stabil - Mohd Amar
Tiada cubaan untuk mengoyahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dicetuskan pembangkang termasuk dari Perikatan Nasional, PN.

Pemuda Amanah mohon Agong tarik balik gelaran Tan Sri Hadi Awang
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimohon menarik gelaran Tan Sri yang dianugerahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tukar kerajaan melalui pilihan raya, bukan SD, kata Mat Sabu kepada Hadi
Kata Mohamad, kenyataan Abdul Hadi itu boleh menimbulkan kebimbangan pelabur dan rakyat itu sendiri.