awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi, Mohd Nor hadir di mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2023
03:00 MYT
Petisyen PRU15: Abdul Hadi, Mohd Nor hadir di mahkamah
Abdul Hadi (tengah) tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini bagi memberi keterangan berhubung Petisyen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Marang.
Kedua-duanya tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi.
Mohd Nor tampil ke mahkamah susulan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu berikutan kegagalan beliau hadir untuk memberi keterangan bersabit kes itu pada Khamis lalu.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya mengeluarkan perintah itu selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap beliau.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Hadi tampil buat kali pertama pada Ahad bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.
Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Mohd Nor Hamzah
#Petisyen Pilihan Raya Umum Ke-15
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan