MALAYSIA
PETRA cadang pinda Akta Tenaga Atom 1984 perkukuh pengawalseliaan nuklear
Akmal Nasrullah berkata pindaan itu antara lain bertujuan membolehkan nuklear dijadikan sumber tenaga elektrik negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bercadang meminda Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 bagi membolehkan Malaysia meratifikasi instrumen antarabangsa berkaitan keselamatan serta pengawalseliaan nuklear.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pindaan itu antara lain bertujuan membolehkan nuklear dijadikan sumber tenaga elektrik negara.
"Kita sedia maklum sebelum ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membuat pindaan terhadap akta berkenaan.
"Namun, di peringkat kementerian ini (PETRA) kami telah nyatakan hasrat agar akta itu dipinda bagi membolehkan Malaysia meratifikasi instrumen antarabangsa yang telah dipersetujui untuk ditandatangani, sekali gus membolehkan nuklear ini dijadikan sumber tenaga negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai jangkaan rang undang-undang mengenai penjagaan tenaga nuklear akan digubal dan dibentangkan di Parlimen.
Akmal Nasrullah berkata buat masa ini, kerajaan sedang menjalankan penilaian menyeluruh terhadap potensi tenaga nuklear secara berperingkat, sebagai satu daripada pilihan dalam campuran tenaga, selaras dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Mengulas mengenai strategi kementerian dalam menangani kebimbangan rakyat berkaitan aspek keselamatan reaktor nuklear, beliau berkata MyPower Corporation (MyPower) telah dilantik sebagai Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear (NEPIO) yang memainkan peranan penting dalam menyediakan asas bagi pembangunan sektor tenaga nuklear negara.
Beliau berkata antara inisiatif sedang dan telah dilaksanakan MyPower, termasuk pembangunan dasar serta pengukuhan rangka kerja perundangan bagi menyokong potensi pelaksanaan projek tenaga nuklear, selain pelaksanaan kajian teknikal terhadap teknologi reaktor nuklear yang bersesuaian.
"Apa yang sedang dilaksanakan ketika ini, selain perancangan dasar adalah usaha eksplorasi bagi memahami pelbagai jenis teknologi sedia ada serta menilai potensi teknologi baharu. Langkah ini membolehkan pertimbangan dibuat secara lebih teliti dan menyeluruh," katanya.
Dari segi pembangunan kepakaran teknologi nuklear domestik, Akmal Nasrullah berkata kementerian sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi membangunkan keupayaan institusi, teknikal dan asas modal insan.
Secara umumnya, beliau berkata sesebuah NEPIO memerlukan sekitar 20 hingga 50 pegawai, manakala badan kawal selia pula memerlukan kira-kira 100 hingga 150 pegawai untuk merangka kerangka undang-undang serta membuat persediaan penyeliaan tapak dan pembinaan.
"Walaupun unjuran jangka panjang menunjukkan bahawa semasa fasa pembinaan, tenaga kerja boleh mencecah 5,000 hingga 8,000 orang.
"Manakala bagi operasi setiap unit berkapasiti 1,000 megawatt (MW) memerlukan antara 500 hingga 800 kakitangan tetap. Angka-angka ini masih bersifat indikatif dan akan dikemas kini melalui penilaian terperinci sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan," katanya.
Berhubung instrumen perundangan nuklear antarabangsa, beliau menjelaskan hasil kajian awal menunjukkan Malaysia perlu menjadi state party kepada 13 instrumen di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), termasuk yang bersifat mengikat dan tidak mengikat.
"Dua instrumen lagi berada di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan satu di bawah ASEAN. Daripada keseluruhan 13 instrumen tersebut, Malaysia telah menandatangani dan mematuhi sembilan instrumen.
"Manakala dua instrumen tetap yang belum diratifikasi iaitu International Convention for the Suppression of Acts of Nuclear Terrorism dan Model Additional Protocol," katanya sambil menambah terdapat lima instrumen lain yang Malaysia masih belum menjadi state party.
-- BERNAMA