MALAYSIA
PETRA komited percepat peralihan tenaga hijau, perkukuh tadbir urus air negara - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memberi tumpuan mempercepat peralihan tenaga boleh baharu dan memperkukuh pengurusan sumber air negara menjelang tahun keempat Malaysia MADANI, kata Fadillah. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi tumpuan mempercepat peralihan tenaga boleh baharu (TBB) dan memperkukuh pengurusan sumber air negara menjelang tahun keempat Malaysia MADANI, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri PETRA berkata, kerajaan kekal komited menjana 70 peratus kapasiti elektrik daripada TBB menjelang 2050, seperti digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Malaysia setakat Oktober lepas telah mencapai 31 peratus kapasiti TBB dan sasaran dijangka meningkat kepada 35 peratus menjelang 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
"Kerajaan akan memperluas inisiatif strategik termasuk Program Solar Berskala Besar (LSS 6) pada awal 2026, menambah kuota 300 MW bagi biogas, biojisim dan hidro kecil di bawah Skim Feed-In Tariff (FiT) serta memperkenalkan Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS).
"Ini bagi membolehkan pengguna mendapatkan tenaga hijau terus daripada penjana," katanya kepada Bernama bersempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025, yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Dis ini di Dataran Putrajaya.
Selain itu, Fadillah berkata, pelaksanaan Skim Solar ATAP (Accelerated Transition Action Programme) akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai pengguna menjana tenaga untuk kegunaan sendiri.
Manakala Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM) akan membolehkan komuniti menjana tenaga bersama melalui sistem solar bumbung agregat serta memperkenalkan Low Carbon Energy Generation Programme (LCEGP) bagi memperbagaikan sumber TBB bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil.
Dalam sektor air, Fadillah berkata, PETRA akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan Dasar Air Negara menerusi strategi bersepadu bagi menjamin keterjaminan air jangka panjang dan menjadikan sektor itu sebagai pemacu ekonomi baharu negara.
Beliau berkata, di bawah dasar berkenaan, PETRA berhasrat mengubah paradigma air daripada sumber sosial kepada sumber ekonomi dinamik yang mampu menjana nilai tambah tinggi.
"Fokus utama kementerian adalah memastikan pengurusan air lebih bersepadu melalui pengukuhan Majlis Air Negara (MAN) sebagai platform utama menyelaras dasar, strategi dan pelaksanaan antara kerajaan Persekutuan serta negeri," katanya.
Fadillah berkata, MAN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berperanan merapatkan jurang bidang kuasa dan memacu diplomasi air dalam penyelesaian konflik sumber rentas sempadan.
Beliau berkata, PETRA juga akan menubuhkan Pusat Data Hidrologi Kebangsaan bagi menyelaras semua data sumber air di bawah satu hab pusat dan langkah itu membolehkan dasar dan keputusan dibuat berasaskan data saintifik dan ramalan hidrologi yang lebih tepat, sekali gus memperkukuh Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM).
Sementara itu, Fadillah berkata, kementerian turut berhasrat meneroka sumber air alternatif seperti pembangunan air bawah tanah secara konjungtif, penuaian air hujan dan teknologi penyahgaraman bagi mengurangkan kebergantungan kepada air permukaan.
"PETRA turut mengarusperdanakan agenda adaptasi perubahan iklim untuk memastikan perancangan guna tanah di kawasan tadahan air diseragamkan dan dilindungi secara ketat bagi memelihara fungsi ekosistem semula jadi sebagai penyerap banjir dan penyimpan air," katanya.
Dalam aspek perkhidmatan bekalan air, Fadillah berkata, PETRA akan memperkukuh tadbir urus industri melalui pindaan Fasa II Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang akan memberi fokus kepada penguatkuasaan, pengurusan air dipulih guna dan penerapan prinsip ekonomi kitaran.
Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan sektor air kekal efisien, berdaya saing dan mampan.
Dari segi kewangan, Fadillah berkata, PETRA sedang meneliti pembiayaan alternatif bagi sektor air di bawah Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) termasuk kerjasama awam-swasta melalui Private Financial Initiative (PFI) bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber kewangan kerajaan.
"Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan serta meningkatkan daya saing operator air bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan air dan pembetungan yang berkualiti kepada pengguna," katanya.
Sempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, Fadillah berkata, PETRA turut menganjurkan pelbagai program advokasi dan pameran interaktif kepada masyarakat berhubung amalan gaya hidup lestari dalam menghargai sumber tenaga dan air di reruai.
Antara pengisian utama termasuk pameran Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0), Program NUR@PETRA (Nikmat Untuk Rakyat @ PETRA), advokasi keselamatan elektrik, demonstrasi cucian lestari serta pameran model Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Langat.
Menurut Fadillah, sesi advokasi interaktif di reruai PETRA memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi secara langsung dan memahami pelbagai inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan pengurusan air.
"Kesemua program di reruai PETRA adalah untuk memberi pendedahan kepada rakyat berhubung inisiatif dan usaha berterusan kerajaan dalam mengangkat kualiti hidup rakyat melalui perkhidmatan elektrik dan air. Melalui program ini, harapan kita agar rakyat semakin sedar dan berubah dan mengamalkan gaya hidup lestari yang menghargai sumber tenaga dan air kurniaan Tuhan," katanya.
-- BERNAMA