MALAYSIA
PETRA perinci negeri terjejas banjir, nilai tahap kerosakan infrastruktur berkaitan
Akmal Nasrullah ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Program Cahaya Prihatin: Elektrik Untuk Komuniti di Kampung Utara Malaysia pada Sabtu. - Foto BERNAMA
PADANG BESAR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kini dalam proses memperincikan senarai negeri yang terjejas banjir di seluruh negara termasuk tahap kerosakan serta keutamaan kerja pemulihan infrastruktur berkaitan yang perlu disegerakan.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata negeri terjejas banjir telah diminta mengemukakan laporan lengkap melibatkan kos kerugian dan kerosakan infrastruktur itu bagi membolehkan penilaian menyeluruh dibuat sebelum tindakan susulan dilaksanakan.
Beliau berkata kementerian itu akan menentukan keutamaan berdasarkan tahap kemusnahan serta keperluan mendesak pada peringkat komuniti di negeri-negeri terjejas dengan bencana itu.
"Antara fokus utama ketika ini ialah kerja-kerja kecemasan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan masyarakat setempat khususnya melibatkan infrastruktur kritikal seperti jambatan dan sistem saliran," katanya selepas merasmikan Program Cahaya Prihatin: Elektrik Untuk Komuniti di Kampung Utara, Padang Besar di sini pada Sabtu
Akmal Nasrullah ketika mengulas situasi di Perlis berkata kementerian itu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenal pasti beberapa kerosakan termasuk tiga jambatan di bawah seliaan jabatan itu, yang runtuh selain kerosakan pintu air dan kemudahan berkaitan.
"Anggaran awal kos kerosakan di Perlis adalah sekitar RM6 juta hingga RM8 juta dan perkara ini telah dibentangkan kepada saya dalam taklimat pagi tadi. Insya-Allah, kerja-kerja kecemasan yang dikenal pasti akan mula disegerakan seawal bulan depan melalui JPS Negeri Perlis," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian PETRA sedang menyusun senarai negeri terjejas banjir di Malaysia serta menilai tahap kerosakan dan keutamaan pemulihan infrastruktur yang diperlukan dengan segera.
- Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah, menegaskan keutamaan tindakan pemulihan akan diberikan kepada kerja-kerja kecemasan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan masyarakat, terutamanya dalam pemulihan infrastruktur kritikal seperti jambatan dan sistem saliran.
- Perlis dilaporkan mengalami kerosakan berjumlah RM6 juta hingga RM8 juta disebabkan banjir, dengan fokus kerja-kerja pemulihan akan diberikan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis seawal bulan hadapan.