DREBAR
Petronas dan F1: Sinergi teknologi dan prestasi untuk kereta anda
Makmal ini amat penting bukan sahaja kepada pasukan Mercedes tetapi juga kepada tiga pasukan lain yang menggunakan enjin sama. Mengikut peraturan F1, semua bahan bakar yang digunakan mestilah diluluskan pihak FIA sebelum musim perlumbaan bermula, dan spesifikasi ini harus sama di setiap perlumbaan. Jika pemeriksaan mendapati terdapat perbezaan, pasukan yang bersalah boleh dikenakan penalti.
Oleh itu, makmal ini mula dipasang di litar seawal hari Selasa, empat hari sebelum sesi kelayakan bermula. Setelah tugas kalibrasi selesai, bahan bakar yang bakal digunakan untuk minggu tersebut pun mula dianalisa. Mengikut Dr. Andrea, tiga hari pertama banyak tumpuan diberikan kepada bahan bakar petrol, tetapi bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad fokus lebih banyak diberikan kepada minyak pelincir.
Makmal ini membuat lebih kurang 70 analisa berasingan bagi bahan bakar di setiap litar, semua dilakukan oleh dua orang jurutera.
Sumbangan F1 kepada produk Petronas
F1 sudah lama diakui sebagai cabang sukan pemotoran yang tertinggi, dan kehendak teknikal serta teknologi yang diperlukan juga mendesak semua pihak terlibat memberikan produk terbaik. Semuanya perlu dilakukan dengan tepat dan sangat pantas. Bagi PLI sendiri, antara produk baharu yang direka khusus hasil daripada penglibatan di dalam F1 adalah cecair penyejuk (coolant) sebatian mineral untuk pendinginan pek bateri sistem ERS.
Benarkah sebuah kereta F1 boleh menggunakan pelincir (Petronas Syntium) atau petrol (Petronas Primax) yang boleh dibeli di mana-mana stesen servis Petronas dan boleh dipandu seperti biasa? Jawapannya, Ya.
Dr. Andrea mengibaratkan petrol dan pelincir bagai masakan – restoren biasa dan restoren mewah menggunakan bahan-bahan yang sama, tetapi hasilnya berbeza kerana cara ramuan tersebut digunakan.
Begitulah juga di dalam membuat formulasi pelincir ataupun petrol; secara dasarnya pelincir atau petrol bagi F1 dan kenderaan harian adalah sama, tetapi cara ia diadun menjadikannya berbeza. Petrol yang dibuat untuk F1 memberi prestasi optimum bagi enjin F1 Mercedes, tetapi mungkin tidak bagi kenderaan harian. Begitu juga dengan pelincir.
Faktor ketahanan amat penting bagi pelincir sekarang, tambah-tambah lagi dengan peraturan F1 sekarang yang ketat. Setiap kereta daripada setiap pasukan hanya boleh menggunakan sebanyak empat enjin sepanjang tahun.
Ini bermakna setiap enjin – yang diasak lagi dengan turbo – perlu bertahan sejauh melebihi 3,000km. Bagi sebuah enjin yang didesak dengan begitu hebat ketika di atas litar, ini satu angka yang sangat tinggi. Tambah lagi dengan keadaan suhu yang jauh berbeza (di Canada, contohnya, lebih sejuk daripada di Sepang), minyak pelincir Syntium yang digunakan pastinya perlu memberikan perlindungan yang terbaik kepada dalaman enjin. Tidak cukup dengan itu, minyak yang sama perlu membantu enjin memberi output kuasa yang terbaik.
Dan kualiti-kualiti inilah – ketahanan dan prestasi terbaik untuk enjin – yang Petronas bekalkan di dalam produk-produk seperti Petronas Syntium, Petronas Primax, dan Petronas Tutela.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami