awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
Sidang Parlimen buka tirai Isnin, titah Agong tumpuan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas iktiraf hak Sarawak laksana SST ke atas produk petroleum - Hasidah

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2020
03:50 MYT
Petronas iktiraf hak Sarawak laksana SST ke atas produk petroleum - Hasidah
Apa yang lebih penting adalah kesediaan Petronas untuk akur kepada undang-undang Sarawak.
Langkah Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memberi Sarawak peruntukan mengutip cukai jualan bagi produk petroleum adalah indikasi Petronas mengiktiraf hak negeri itu.
Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, langkah itu juga menunjukkan hubungan kerja dan sikap memahami antara Kerajaan Sarawak dan Petronas.
Tambah Hasidah, apa yang lebih penting adalah kesediaan Petronas untuk akur kepada undang-undang Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
“Ia satu perkembangan positif dan baik untuk maju ke hadapan bagi semua pihak. Kerajaan Sarawak akan terus mempertahankan hak-hak dan mengutamakan kepentingan negeri ini,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Semalam, Petronas menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengutip cukai jualan bagi produk petroleum.
Malah, Kerajaan Sarawak juga menarik balik rayuan balas berhubung isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi mengenai SST.
Petronas diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Seri J.C Fong yang mewakili Kerajaan Sarawak serta Pengawal SST mengesahkan rayuan itu ditarik balik.
Pada 13 Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Perkara 95B (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan menggubal undang-undang untuk mengenakan cukai jualan.
Hakim Mahkamah Tinggi Azhahari Kamal Ramli berkata peruntukan itu menetapkan bahawa mana-mana cukai jualan dikuatkuasakan oleh undang-undang negeri disifatkan sebagai antara perkara yang ditetapkan dalam senarai negeri, Ordinan Cukai Jualan Negeri dan mana-mana perundangan tambahan disenaraikan di bawahnya adalah berperlembagaan dan sah.
Azhahari menolak permohonan semakan kehakiman oleh Petronas untuk membatalkan notis penilaian dikeluarkan kerajaan negeri Sarawak memohon syarikat itu membayar SST berjumlah RM1.3 bilion.
Petronas turut memohon, antara lain, pengisytiharan bahawa bahagian tertentu dalam notis itu adalah ultra vires pada Perlembagaan Persekutuan dan adalah batal dan tidak sah, dan juga perintah certiorari bahawa notis bertarikh 28 Ogos 2019, 7 Okt 2019 dan 13 Nov 2019 dikeluarkan kerajaan negeri Sarawak kepada Petronas dibatalkan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri J C Fong
#Kerajaan Sarawak
#minyak dan gas
#Petronas
#produk petroleum
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan