awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion

Bernama
Bernama
26/02/2021
20:26 MYT
Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
TENGKU MUHAMMAD TAUFIK: Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petroliam National Bhd (Petronas) telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Bercakap kepada pemberita semasa sidang media maya untuk mengumumkan keputusan kewangan kumpulan hari ini, beliau menjelaskan Petronas belum menerima sebarang permintaan tambahan daripada kerajaan mengenai dividen khas, sambil berkata bahawa sebarang keputusan mengenai dividen khas akan dibuat berdasarkan keupayaan syarikat minyak negara itu.
Kumpulan itu perlu meneliti kos operasinya, perbelanjaan modal dan keupayaan Petronas dalam memberi perkhidmatan kepada hutangnya sebelum bersetuju dengan dividen khas, katanya.
''Kami perlu mempertimbangkan keperluan syarikat dalam mewujudkan penampan untuk menghadapi sebarang ketidakstabilan.
"Kami sentiasa membuat keputusan berdasarkan kemampuan yang kami ada.
"Jika kami menerima sebarang permintaan, kami akan membentangkannya kepada lembaga pengarah dan setakat ini, kami berpuas hati dengan pembayaran dividen RM18 bilion kepada kerajaan,'' katanya.
Tahun lepas, Petronas telah membayar sejumlah RM34 bilion dividen kepada kerajaan persekutuan.
Sejak wabak COVID-19 pada Mac 2020, Petronas telah menyumbang ke arah usaha menangani pandemik COVID-19 dan nilai usaha serta inisiatifnya mencecah hampir RM44 juta.
Sehingga 31 Dis 2020, keperluan perubatan bernilai RM5.3 juta termasuk peralatan perlindungan diri, sanitasi, pembasmi kuman, topeng muka serta bekalan makanan telah diagihkan kepada masyarakat dalam operasi domestik dan antarabangsanya seperti di Azerbaijan, Brazil, Brunei, Kanada, Gabon, India, Indonesia, Iraq, Mexico, Myanmar, Selatan Sudan and Suriname.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Petroliam National Bhd
#dividen
#Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
#komitmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan