awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
09/03/2024
04:11 MYT
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas memaklumkan laporan polis telah dibuat mengenai perkara berkenaan.
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata ia mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Menurutnya mesej itu termasuk laporan berita palsu daripada The Star bertajuk Special report: Petronas opens joint investment platform with government support! dan mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan yang berkaitan pengeluaran gas asli cecair (LNG).
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan.
Laporan polis telah dibuat mengenai perkara berkenaan, katanya.
Sementara itu, pihak pengurusan Petronas menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripada Petronas dan menggesa orang ramai supaya tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#penipuan pelaburan
#scam
#atas talian
#CEO Petronas
#Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan