MALAYSIA
PETRONAS nafi sekeras-kerasnya tajaan Liga Bola Sepak Bangladesh
PETRONAS menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian penajaan dengan liga berkenaan. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa syarikat itu terlibat sebagai penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh, susulan beberapa hantaran di media sosial yang tular baru-baru ini.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, PETRONAS menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian penajaan dengan liga berkenaan, dan tidak pernah memberikan kebenaran untuk nama atau jenama syarikat digunakan dalam sebarang bentuk berkaitan pertandingan tersebut.
“PETRONAS mengambil serius terhadap integriti jenama kami dan kekal komited untuk memberikan nilai kepada para pemegang kepentingan serta komuniti di mana kami beroperasi,” menurut kenyataan itu.
Penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan awam dan memastikan ketelusan berhubung sebarang aktiviti penajaan yang melibatkan syarikat milik negara tersebut.
Ringkasan AI
- PETRONAS menafikan dakwaan menjadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh, menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang perjanjian penajaan dengan liga tersebut.
- Syarikat tersebut menegaskan bahawa mereka tidak memberi kebenaran untuk nama atau jenama digunakan dalam sebarang pertandingan berkaitan.
- Tindakan PETRONAS ini diambil untuk mengekalkan integriti jenama serta memberikan nilai kepada para pemegang kepentingan dan komuniti di mana mereka beroperasi.