MALAYSIA

PETRONAS, Petros mohon prosiding pendengaran tangguh selama sebulan

Bernama 25/08/2025 | 07:29 MYT
PETRONAS dan Petroleum Sarawak Bhd pada Isnin memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata penangguhan itu diberikan bagi membolehkan rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

"Pihak yang terlibat masih dalam rundingan dengan tujuan untuk mencapai penyelesaian," katanya.

-- BERNAMA



#Petros #Mahkamah Tinggi KUching #rundingan secara langsung #Petronas