awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas siasat kebakaran paip gas di Putra Heights

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/04/2025
03:45 MYT
Petronas siasat kebakaran paip gas di Putra Heights
Petronas mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung kebakaran yang berlaku di di saluran paip utama Petronas Gas Berhad (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi, Selasa.
KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar minyak dan gas Malaysia, Petronas mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung kebakaran yang berlaku di di saluran paip utama Petronas Gas Berhad (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi, Selasa.
Menurut Petronas, saluran paip yang terjejas telah diasingkan dan semua pihak berkepentingan yang relevan telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
"Walaupun kebakaran berlaku berhampiran tiga stesen minyak Petronas iaitu PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari, stesen-stesen tersebut tidak terjejas. Namun, ia telah ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga," kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Selasa.
Dalam masa sama, Petronas turut memaklumkan, pelanggan yang memerlukan perkhidmatan pengisian bahan api dinasihatkan untuk menggunakan stesen alternatif iaitu di PS USJ 20, PS USJ 6 dan PS USJ 9.
"Petronas akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan komuniti setempat, alam sekitar serta keselamatan bekalan gas negara sentiasa menjadi keutamaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Petronas
#Putra Heights
#kebakaran Puchong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan