awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas sumbang RM80,000 kepada keluarga wira negara

Bernama
Bernama
19/05/2013
09:22 MYT
Petronas sumbang RM80,000 kepada keluarga wira negara
Petronas hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM80,000 untuk keluarga kepada empat wira yang terkorban semasa Operasi Daulat bagi menghapus pengganas Sulu di pantai timur Sabah pada Mac.
Pengurus Besar Kanan Petronas Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata sumbangan itu sebahagian daripada derma RM200,000 oleh Petronas baru-baru ini.
"Petronas sentiasa prihatin terhadap usaha untuk memelihara keamanan dalam negara.
"Sabah adalah antara negeri yang begitu signifikan bagi Petronas dan kami turut kesal dan sedih dengan pertumpahan darah yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna," kata beliau pada majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga berkenaan.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Tan Kok Liang.
Mereka yang menerima sumbangan ialah Jabah Anak Mingku, balu ASP Michael Padel; Sitti Bandorah Mahalil, balu Sarjan Abdul Azis; Sumiati Suarah balu Detektif Sarjan Baharin Hamit; dan Marlinah Utan, balu Korporal Salam Tugiran.
Topic Berkaitan
#Datuk Tan Kok Liang
#Ops Daulat
#Petronas
#Sulu
#wira negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan