awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier

Bernama
Bernama
24/09/2024
09:35 MYT
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail
KUCHING: Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan selepas mesyuarat antara kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros, bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
Mesyuarat itu dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Petros Datuk Janin Girie dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki.
"Disahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak dan Petros. Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang Persekutuan dan negeri berhubung perkara ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak, serta Petronas dan Petros telah mengesahkan bahawa perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak kini sedang berjalan antara mereka dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petros
#Petronas
#Kerajaan Sarawak
#tindakan undang-undang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan