awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas tidak 'goyang' jika Tun M tiada - Armand Azha

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
13/03/2016
00:52 MYT
Petronas tidak 'goyang' jika Tun M tiada - Armand Azha
ARMAND AZHA: Kita menyokong keputusan Kabinet untuk tidak meneruskan perkhidmatan Tun M sebagai Penasihat Petronas. -Gambar fail
Penamatan khidmat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas tidak menggugat langsung perjalanan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, Petronas sendiri mampu dipacu dengan baik bersandarkan rekod perniagaan yang cemerlang selama ini.
"Kita menyokong keputusan Kabinet untuk tidak meneruskan perkhidmatan Tun M sebagai Penasihat Petronas. Petronas tidak 'goyang' jika Tun M tiada.
"Kita juga yakin bahawa perjalanan Petronas mampu dipacu dengan baik bersandarkan rekod serta pemantauan Ahli Lembaga Pengarah syarikat negara itu yang yang sedia ada," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Armand Azha mengulas keputusan Kabinet pada Jumaat yang menamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada berkata Dr Mahathir tidak wajar memegang jawatan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan selepas tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.
Keputusan dibuat susulan tindakan bekas perdana menteri itu melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada 4 Mac lalu.
Dalam pada itu, kata Armand Azha, pihaknya juga meminta agar Kerajaan menyemak dan melihat semula status penjawat jawatan penting di semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
"Kerajaan perlu pastikan sama ada mereka masih mendukung hasrat dan aspirasi kerajaan sedia ada atau sebaliknya.
"Jika tindakan dan pendirian penjawat awam ini tidak selari lagi dengan Kerajaan Persekutuan maka kita minta agar kontrak mereka tidak disambung atau perkhidmatan ditamatkan serta merta," jelasnya.
Petronas dalam satu kenyataan menjelaskan turut menghormati sebarang keputusan kerajaan mengenai kedudukan Dr Mahathir sebagai penasihat syarikat minyak nasional itu.
Jelas Petronas, pelantikan penasihat Petronas adalah hak kerajaan Malaysia dan mereka menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan tidak berhasrat untuk menyandang jawatan penasihat Petronas.
Katanya, tiada peruntukan undang-undang menyatakan penasihat syarikat petroleum negara itu harus dilantik dalam kalangan bekas pemimpin.
Topic Berkaitan
#Armand
#Pemuda UMNO
#Petronas
#syarikat minyak dan gas negara
#TUN DR MAHATHIR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan